Album Sambutan Hari Raya 2010


















Album Kem Motivasi UPSR 2010














Download kertas percubaan UPSR Terengganu

BAHASA INGGERIS PRAPERCUBAAN

KERTAS 1

KERTAS 2

BAHASA INGGERIS PERCUBAAN

KERTAS 1

KERTAS 2

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2010

30 MEI 2010 : Mantan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman, Tuan Haji Ahmad bin Mahmood telah diistiharkan sebagai Tokoh Guru Negeri Terengganu tahun 2010 di Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Negeri Terengganu 2010 yang berlangsung di Dewan Al-Muktafibillah Shah, Universiti Darul Iman, Malaysia, Kampus KUSZA pagi ini.
Tokoh Guru Negeri Terengganu ini menerima sijil, medal emas, tafsir al-Quran, sepersalinan lengkap baju Melayu berserta wang tunai RM10,000.00 daripadaY.A.B Dato' Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Kerajaan negeri telah memberi sumbangan sebahagian (RM5,000.00) bagi anugerah tersebut.

Y.A.B Dato'Haji Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu. semasa menyampaikan ucapan perasmian melahirkan penghargaan terima kasih kepada lebih 21,000 orang guru di negeri Terengganu atas sumbangan dan dedikasi mendidik anak Terengganu dan merealisasikan hasrat negeri menjadikan Terengganu sebagai Anjung Ilmu. Beliau juga akan sentaiasa berusaha dan berjanji bahawa kerajaan negeri akan sentiasa memberi sumbangan dan isentif bagi menghargai jasa dan sumbangan guru.

Menurut Menteri Besar lagi,jika UPSR Tahun 2010 menjadi juarasepuluh tahun berturut-turut kerajaan negeri akan menghantar 50 orang guru pada tahun depan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Australia.Selain dari itu,beliau berhasrat mahu bersalaman dan berjumpa semua guru mengikut daerah untuk menyatakan penghargaan terima kasih apatah lagi jika semua empat peperiksaan awan mencapai yang terbaik di peringkat negara.Beliau juga memaklumkan bahwa kerajaan negeri telah menerima penghargaan daripada Intelkerana menjadi negeri pertama di benua Asia pelajarnya menggunakan e-book. Sehubungan dengan itu,sebanyak 800 unit e-book akan disumbangkan kepada guru bagai mempertingkatkan keupayaan dan kemahiran pengajaran-pembelajaran murid.
Terdahulu Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu dalam ucapan aluannya di majlis berkenaan menyatakan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri sangat beruntung dan bertuah kerana banyak program melonjakkan prestasi pendidikan negeri Terengganu mendapat sokongan padu dan kuat daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan pelbagai pihak. Beliau melahirkan rasa terima kasih warga pendidikan kepada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2010 telah dihadiri oleh 1,600 orang guru pelbagai peringkat serta jemputan khas terdiri ketua-ketua jabatan pelbagai insitusi dan agensi persekutuan dan negeri.Di samping Anugerah Tokoh Guru pelbagai Anugerah dan Hadiah yang dipertandingankan turut disampaikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu di majlis berkenaan.

Senarai Penerima Anugerah Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2010

Senarai penuh penerima ialah :

Tokoh Guru 2010
Haji Ahmad bin Mahmood
80-7,KM.8.Binjai,
Jalan Air Puteh,
24000 Kemaman,Terengganu

Anugerah Guru Inovatif:

Augerah Guru Inovatif Sekolah Menengah
Majidah bt Muhamad
SMK Menerong,Ajil,Hulu Terengganu

Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah
Norma bt Mohamad
SK Tok Jembal,Kuala Terengganu

Anugerah Guru Inovatif Prasekolah
Anis Salwani bt Mahmood
SK Tengku Mahmud 11,Besut,Terengganu

Anugerah Guru Pendidikan Khas Cemerlang 2010
Sa’yah binti Abu Bakar
SMK Bukit Besar,Kuala Terengganu

Anugerah Guru Kurang Upaya Cemerlang 2010
Mohd Khairuddin bin Abdul Wahab
SMK Bukit Besar,Kuala Terengganu

Anugerah Guru Cemerlang Sekolah Rendah
Rusmadi bin Abdullah
SK Sura ,Dungun,Terengganu

Anugerah Guru Cemerlang Sekolah Menengah
Fariza Nurbaya bt Mohamad
SMK Putra,Besut,Terengganu

Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang (Sekolah Rendah)
SK Batu 7,Dungun,Terengganu

Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang (Sekolah Menengah)
SMK Lembah Bidong,Setiu,Terengganu

Anugerah Asrama Cemerlang
SK Pasir Raja,Dungun,Terengganu

Anugerah Pengurusan Disiplin Cemerlang
SMK Belara,Kuala Terengganu

Anugerah Penerbitan Dan Majalah Terbaik
SMK Chukai,Kemaman,Terengganu

Anugerah Pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Cemerlang
Pejabat Pelajaran Daerah Marang,Marang,Terengganu

Anugerah Tokoh NILAM Guru
Encik Alias bin Ismail
SMK Kuala Jenderis,Hulu Terengganu

Peraduan Menulis Artikel Pendidikan Kategori Guru:
Tempat Pertama
Pn. Hjh. Zainun bt. Mohd
SMK Tengku Lela Segara,Marang Terengganu

Tempat Kedua
Tn. Hj. Mat Husin bin Hj. Ghani
SMK Saujana,Setiu,Terengganu.

Tempat Ketiga
Pn. Nozna bt. Awang
SMK Pengkalan Berangan,Marang,Terengganu

Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Kategori Guru:
Tempat Pertama

Pn. Siti Hawa bt. Ibrahim
SMK Padang Midin,Kuala Terengganu

Tempat Kedua
Tn.Hj.Kadir bin Othman
SMK Seri Serating,Marang,Terengganu

Tempat Ketiga
En. Nazri bin Hussein
SK. Bukit Kuang,Kemaman,Terengganu

Sumber: http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

Album Ujian Keris Gangsa SK Menerong 2010














SKIMA JAWAPAN OTI 2

BAHASA MELAYU KERTAS DUA (TAHAP DUA) - DOWNLOAD

MATH DAN PJ - DOWNLOAD

Category:   Leave a Comment